Nadi X Cybersecurity: Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia Digital
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026 bersamaan hari Khamis, Webinar Ancaman Siber dalam Dunia Digital telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang ancaman siber yang semakin meningkat dalam dunia digital serta meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam melindungi data, privasi dan keselematan diri seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.
Aktiviti Utama:
1. Jenis-jenis ancaman siber dalam dunia digital
2. Risiko keselamatan siber
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami ancaman siber dengan lebih jelas, menyedari risiko keselamatan dalam dunia digital serta meningkatkan kesedaran awal bagi melindungi diri dan maklumat peribadi daripada ancaman siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: