NADI X ESUKAN: KESIHATAN MENTAL PEMAIN E-SUKAN
13 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Februari 2026 bersamaan hari Jumaat, Kelas LMS Kesihatan Mental Pemain e-Sukan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dalam dunia e-sukan, di samping membantu pemain memahami cara mengekalkan postur yang betul, mengurus keletihan serta mencegah kecederaan yang boleh menjejaskan prestasi permainan.
Aktiviti Utama:
- Kepentingan kesihatan fizikal bagi pemain e-sukan untuk prestasi jangka panjang
- Tunjuk ajar postur badan dan kedudukan bermain yang betul semasa
- Penjagaan kesihatan pemain e-sukan
- Penjagaan tangan dan pergelangan tangan
- Kepentingan tidur, tanda-tanda keletihan, amaran awal serta langkah pencegahan kecederaan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami bahawa kesihatan fizikal merupakan faktor penting dalam prestasi e-sukan serta mempraktikkan tabiat yang lebih sihat dan selamat semasa bermain bagi mengelakkan kecederaan dan keletihan berpanjangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: