NADI X KESEDARAN: WEBINAR DEEP FAKE & AI
22 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2025 bersamaan hari Selasa, Webinar Deep Fake & AI di bawah bimbingan Encik Harith telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai ancaman teknologi Deepfake dan kecerdasan buatan (AI) yang semakin sukar dibezakan dengan kandungan sebenar. Program ini juga bertujuan mendidik peserta supaya lebih berwaspada terhadap penipuan digital, memahami tanda-tanda manipulasi kandungan, serta mengetahui langkah pencegahan agar tidak menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi pintar.
Aktiviti Utama:
1. Penggunaan Peranti & Internet
2. Perbezaan Deepfake & AI
3. Jenis-jenis Penipuan yang berkaitan
4. Kes di Malaysia
5. Kebaikan
6. Implikasi
7. Cara kesan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk mendalami pemahaman tentang bahaya Deepfake dan kecerdasan buatan, meningkatkan kesedaran terhadap risiko penipuan digital, serta membina kemahiran mengenal pasti kandungan palsu supaya lebih bijak dan selamat dalam penggunaan teknologi di alam maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: