PROGRAM ANCAMAN SIBER TERHADAP REMAJA @ SMK NYALAS
18 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2025 bersamaan hari Rabu, Program Ancaman Siber terhadap Remaja @ SMK Nyalas telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang dunia digital masa kini, mengenal pasti pelbagai bentuk ancaman siber yang sering berlaku, serta membekalkan pengetahuan asas untuk melindungi diri ketika menggunakan Internet dan media sosial.
Aktiviti Utama:
1. Pengenalan kepada dunia digital dan cara remaja berinteraksi dalam talian
2. Perangan contoh ancaman siber
i. Penipuan Permainan dalam Talian
ii. Pengantunan Seksual
iii. Ketagihan
iv. Trend/Content Melampau
v. CSAM
3. Perbincangan kes sebenar bagi membantu pelajar memahami risiko yang wujud
4. Tips dan langkah mudah untuk melindungi diri Ketika berada di alam digital
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami ancaman siber dengan lebih jelas, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan diri dalam talian, serta membentuk sikap lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam penggunaan Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: