Nadi X Cybersecurity: Webinar Permulaan Di Universiti, Masa Depan Di Siber Sekuriti
7 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2025 bersamaan hari Khamis, Webinar Permulaan di Universiti, Masa Depan di Siber Sekuriti telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas, peluang kerjaya, cabaran semasa serta kepentingan bidang keselamatan siber dalam era pendidikan tinggi yang semakin berteraskan teknologi dan digitalisasi.
Aktiviti Utama:
1. Konsep Asas Keselamatan Siber
2. Peluang Kerjaya dalam Industri Cybersecurity
3. Cabaran Dunia Keselamatan Siber
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami halatuju bidang siber sekuriti, melihat potensi masa depan dalam kerjaya digital serta memupuk minar untuk mula membina asas kemahiran keselamatan siber seawal usia universiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: