Pertandingan Efootball Peringkat Negeri 2025
27 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Disember 2025 bersamaan hari Jumaat, Pertandingan eFootball Peringkat Negeri 2025 telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta menyertai pertandingan e-sukan di peringkat negeri, mengasah kemahiran permainan secara kompetitif serta memberi pendedahan awal tentang perkembangan industry e-sukan dan potensi kerjaya dalam bidang tersebut.
Aktiviti Utama:
1. Pertandingan eFootball Peringkat Negeri
2. Kelas LMS: Perkembangan Dunia e-Sukan
3. Kelas LMS: Potensi Laluan Kerjaya dalam e-Sukan
4. Saringan Kesihatan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman pertandingan di peringkat negeri, meningkatkan kefahaman tentang industri e-sukan serta menyedari kepentingan kesihatan dan persediaan diri dalam bidang e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: